Monday, December 21, 2009

nak makan mee udang tapi tak boleh makan udang...?


mee udang merupakan sejenis makanan yang memang menyelerakan. ia terdiri daripada mee jenis tebal yang dimasak dalam kuah yang pekat beserta udang yang segar. mee udang paling sedap setakat ni pernah aku makan adalah mee udang suhana dekat teluk kumbar, penang. memang sedap dan puas hati. walau mahal sket tapi berbaloi dengan saiz dan jumlah udang serta rasanya yang lazat. sekali cuba pasti nak lagi. dulu waktu aku tak makan udang, aku biasa juga ke sini. tapi memang member-member kata aku bengap sket sebab nak makan mee udang tapi udang tu bagi kat orang lain.
kali ini aku nak ceritakan sedikit tentang sikap manusia yang selalu nak cari pasal tapi apabila dah jadi isu, ngelak pula. dunia hari ni menyaksikan manusia mempelbagaikan ragam hidupnya dengan pelbagai aktiviti dan sikap. ada yang malas, rajin, prihatin, amanah, penipu, penyebok dan sebagainya. semua ni merupakan sebahagian dari resam dan rencah kehidupan hari ini.
namun apa yang tak bestnya adalah sikap yang satu ni, mulakan sesuatu tapi lari bila keadaan jadi tak terkawal. sikap macam nilah yang menyebabkan banyak masalah yang wujud jadi tidak atau lambat selesai. mak aku kata dulu, kalau dahbuat hal settle sendiri. jangan nak biar orang lain tanggung kesan. kesian kat orangyang tak berkenaan dan kalau boleh jangan heret orang lain ke dalam masalah kita.
apa yang ingin aku ceritakan sebenarnya berkait dengan 'mamat' peminat blog aku tu. dia tak beranilah nak bagitau nama dia. tapi aku dan ali sebenarnya boleh agak siapa. cuma malas nak malukan 'kawan' nanti jadi isu pula. tapi tak kisahlahkan... janji ada teman aku nak berborak.
apa yang aku kureng berkenan tentang mamat ni sebenarnya adalah dia yang mulakan cari pasal kat ruang aku. aku bukan tak layan, aku layan bebaik lagi. siap kekadang aku balas sampai guna dua reply. ni siap bagi post hanya untuk dia lagi. tapi apa dia kata..tak larat berborak... aku jadi penin kejap..ni sapa yang mula ni? siapa yang ketagih nak kacau orang? dia ni sama bengap lah jugak kan dengan aku dulu-dulu ... nak sesuatu tapi bila dapat tak boleh makan..
apapun, tak kesahlah bro.. aku dengan dunia aku sendiri kat sini pun aku rasa seronok je. nak kira pasal perangai keguruan aku? kat sini je aku cakap macam ni.. kat kelas aku tak guna aku kau.. tahulah nak mendidik macamana.. tak jujur? semua guru akan jadi tak jujur bila berdepan dengan murid sebab kita perlu tunjukkan yang baik sahaja depan murid untuk jadi contoh. yang tak baik simpan dalam poket. kalau ada guru mengaku yang dia tak pernah tipu pelajar dan bersikap buruk boleh jalan sama dia... mana ada manusia dalam dunia yang perangainya baik semata. kalau ada yang menyibuk kata statement aku salah, silalah perdebatkan. jangan main 'tikam batu sembunyi tangan'...ops, salah! 'baling batu sembunyi tanganlah bro!'..apalah lu..

Thursday, December 17, 2009

dia datang...dengan lenggang-lenggoknye...

huhuhuhuh...nampaknya ada seekor mamat cuba nak layan blog ni mengikut rentaknya. konon nak mengajar kot tapi malangnya 'cikgu' tu cuma tahu berkata-kata tanpa memperkenalkan diri.
resah? ni soalan dia untuk aku sebab dia rasa dia berjaya membuatkan aku resah. dia rasalah. aku? aku seronok sebab ada juga yang sudi memberi perhatian pada 'sampah' aku kat sini. so untuk menghargai 'sumbangan' dia aku dedicatekan post ini untuknya. semoga dia bergembira.
ops sebelum terlupa, pesan ali kawanku untuknya. 'cikgu', tikam tu dalam bahasa melayu bermaksud menusuk sesuatu benda (selalunya yang tajam seperti pisau) ke dalam sesuatu. selain itu boleh juga digunakan untuk aspek judi seperti tikam nombor atau cinta seperti menikam kalbu. jauh sekali digunakan sebagai kata ganti BALING...

kantoi la lu bro...!!!!!

Wednesday, December 16, 2009

Makin Panjang Makin Banyak..

semakin aku ingin bersabar, semakin kesabaran itu diuji. semakin aku mengelak, semakin rapat mereka menghampiri. jika kejantanan itu dicabar, haruskah aku berdiam dengan menyembunyikan keris ditangan? atau harus ku acah langkah dengan bunga jurus yang padu agar lawanku kenal antara isi dan kuku yang mana lebih biru?
atau perlukah aku senandungkan lagu kerinduan pada rakan dan taulan dan membiarkan lawanku tertelan kata yang dilontar tanpa makna?
kepada yang ingin bersuara, silakan..teruskan. jika ingin dirungkaikan akan saya selesaikan...jika ingin jawapan akan saya huraikan...
..salam...kita kawan-kawan tidak boleh lawan..

Tuesday, December 15, 2009

senyapla....


uk...uk...uk...uk...uk...
kuek...kuekkk...kuekkk...
errrkkk....

Thursday, December 10, 2009

senyapla jugak...

kui..kui..kui...kui...
uhuhuhuhuhuhu...
anakla ayam...

Tuesday, December 8, 2009

puas?

muahahahahahahah..!

Wednesday, November 4, 2009

NTAHAPAHAPANTAH!

penat wei..!!! aku baru balek dari kuching isnin. selasa masuk kelas jaga exam. petang sukan. nak semak paper lagi.. nak prepare nak in-house training kat ppd lagi. report protim pun tak buat lagi. tu nak sukan sekolah. nak train budak. exam komprehensif master diawalkan ke minggu last skolah. nota pun tak print out semua lagi..apatah lagi nak study. nak beli tiket kapal untuk adek aku lagi...penin!penin!
apapun...lantaklah.! aku buatlah apa yang sempat. membebel kat sini pun sempat lagi takkanlah keje yang lain tak sempat buat. masaalah takkan habis kalau tak di settlekan.. perut takkan kenyang kalau tak makan... kolah takkan penuh kalau tak diisi air (ni pun buat aku hangin..hujan lebat tapi air pili kosong!).
apa yang penting (kerjasama!), aku masih boleh bernafas dan buat kerja aku. walau tak berapa sihat, aku masih ada kudrat. aku masih boleh berlawak dengan kawan, masih boleh senyum dan masih boleh masak mee goreng sedap nanti (Insya Allah). ada orang lebih susah, sibuk dan sempit dari aku. aku masih bersyukur atas sebab itu.
lagipun datuk sedara aku selalu berpesan...manusia ni dia akan rasa dia lebih hidup kalau dia susah, sibuk, penat atau sempit. sebab masa tu dia sedar yang masa dia senang, kaya, lapang atau sihatlah sepatutnya dia buat semua keja dia siap-siap! terkena batang hidung aku balek!

Friday, October 23, 2009

Penat Beb!!

aku baru je siapkan assignment aku malam tadi. tak banyak. 30 muka surat je. cuma yang teruknya aku menggigil teruk masa buat assignment tu. nak demam! pastu hari ni kena lengkapkan borang budak nak pegi kem 1 malaysia kat nanga nyimoh...kem yang aku nak sangat pegi tapi macam tak mampu pegi..takut sangkut kat perjalanan balek. kalau sempat nak buat laporan nilam pula...pastu lesson plan untuk semalam, hari ini dan minggu depan yang aku terhutang! minggu depan aku kena siapkan plan in-house training untuk my gfl, 4 kertas final exam untuk budak-budak, 7 tajuk latihan dalam buku statistik, dan macam-macamlah..yang lagi ngeri, khamis mungkin keluar ke kuching untuk final exam...apapun tak study lagi untuk final master ni! .tak tahu badan boleh cope lagi ke tak... cirit-birit tak habis lagi, demam pula, tu belum kira loya awal pagi...ngalahkan ibu mengandung pula.... apapun, kerja tetap kerja...nak wat cemane!!!

Monday, June 29, 2009

Dari Jauh Ku Pohon Maaf.....Ampun Bos!

jauh perjalanan luas pandangan... tu pun kalau tak hujan lebatlah..sebab kalau hujan lebat tak nampaklah pemandangan indah tu. ...
at last, sampai juga aku kat daerah belaga ni. penat duduk dalam keta berbaloi dengan view dan pengalaman yang menyeronokkan..terutamanya bila kena berselisih dengan lori balak dan duduk terhangguk-hangguk walaupun time tu tengah layan lagu jiwang karat... sebab jalan bukan lagi rosak teruk tapi dah boleh dikategorikan sebagai nazak dah....
apapun, tak kesahlah sebab aku dah sampai belaga. daerah yang jarang orang sampai. tapi cuma tak lengkaplah...tak dapat ke pekan belaga. cuma dapat berkeliaran kat bahagian asap je. ah, tak kesahlah...janji sampai belaga. ada cikgu yang dok mengajar betahun kat sini tapi tak pernah pun merasa muka dihinggapi debu belaga. malah ada ramai cikgu asal sarawak yang tak pernah mandi guna air belaga..bangganya aku!
jadi kesimpulannya, rajin-rajinlah berjalan mengenal negeri dan negara anda. janganlah jadi kedekut sangat. bila kita banyak berjalan kita akan banyak belajar..kita akan mudah untuk memikirkan tentang hidup ini dan yang lebih penting dengan berjalan bolehlah kita menginsafi akan segala kesenangan dan keselesaan yang kita miliki di rumah.
kalau kita bising tentang ikan tenggiri yang mahal atau kurang segar, orang kat belaga ni lagilah susah nak makan. kalau bising sebab jkr turap jalan hinggakan membuatkan kita tak boleh memecut ketempat kerja, orang kat belaga ni mungkin setahun 2 kali je jkr datang tolong repair jalan. kita bising sebab channel ntv7 atau 8tv terganggu sket..kat belaga ni kalau tak pakai astro pakat dapat tengok tv je lah tapi siaran takde...
dahlah.. hargailah kehidupan anda. susah macamana pun kita masih lebih senang dibandingkan orang susah yang lain. hargai segala apa yang ada dan kurangkan keluhan. janganlah jadi orang yang banyak mengeluh atas kekurangan...lebih baik jadi orang yang kekurangan mengeluh tetapi banyak bahagianya...

Wednesday, May 27, 2009

Aku Yang DiMusuhi

entahlah...kekadang ni, kita berniat baik. nak betulkan sesuatu yang salah. bukan nak salahkan sesuatu yang betul. ponteng keja, balek awal, makan harta orang...semua tu bende tak baik kan.. tapi apa kan daya...ada yang suka buat semua tu.
satu kelemahan asas aku semasa jadi guru ni, aku susah nak datang awal...tapi balik lewat aku memang tak kisah. kekadang tu cun-cun je masa aku sampai loceng terus bunyi. ada ketikanya bunyi masa kaki aku baru nak masuk kawasan sekolah. aku tau gb aku mesti bebulu je tengok aku lewat. namun sebagai seorang ketua yang sabar, beliau seolah-olah memperingatkan aku agar faham dan sedar akan tanggungjawab tu. cuma aku je yang kerek...buat dono je.
tapi bab kerja memang aku tak kompromi. selagi ada masa selagi ada kudrat selagi ada peluang memang aku tak kasi can punya. bagi aku kalau pelajar aku gagal, maka yang gagal lebih besar adalah aku. kalau mereka berjaya, sekelumit nasihat atau tunjuk ajar yang ku beri membantu mereka.
entahlah. jadi cikgu ni kalau kena dengan jiwa kita memang jadi pelik. tak kisah berhabis, bersakit atau bersibuk... janji hati puas tengok budak dapat belajar sesuatu. kalau berjaya memang berbangga...
apapun, kebanyakkan tu orang tak nampak. orang tak kisah pun. malah ada kalanya orang pertikai.
'alah, dia tu nak tunjuk rajin je. bukan pandai sangat pun.'
'orang baru, rajinlah. lama-lama nanti malas macam aku jugak.'
'dia nak bodek gb tu. bukan rajin manapun...'

tulah orang selalu cakap. malah yang peliknya yang selalu cakap macam tu bukannya doktor, majistret, lawyer atau ahlil muzik...tapi cikgu jugak.. pelk kan?
tambah best lagi..statement dari seorang yang namanya tak perlu aku sebut...
"korang ni belajar apa di maktab sampai apapun tak tahu."
"sejak golongan dg 41 ni ada di sekolah, makin teruk prestasi sekolah ni!"

best kan?! walau aku dan kawan-kawan yang bangang macam aku ni berusaha macam-macam, buat extra class, bancuh simen guna tangan, kutip batu sungai, muralkan dinding, ajar budak macam-macam, hias kelas macam nak buat taman kanak-kanak, sediakan buku bacaan macam buat library, belanja macam-macam guna duit sendiri tapi itu yang aku dapat? belum kira jauh dari family, bersabung nyawa kalau nak keluar, hidup susah macam belum merdeka...
entahlah...
samada aku ni yang suka cari musuh atau musuh yang suka cari aku..aku pun tak tahu...
tapi yang pasti kalau ada sapa-sapa nak rasa bermusuh dengan aku, aku persilakan. sebab aku ni musuh tak ku cari. tapi kalau musih cari aku, aku akan cari-carikan dia sampai dia tahu yang suka mencari tak semestinya yang mencari suka-suka...

hARI GurU dAlaM sEJArAH (aKU dAN sEsuATu)

15 MEI - hari bertuah dan bermakna bukan saja untuk aku, tetapi untuk semua insan yang bergelar guru. bukan semua kerja di dunia ni ada sambutan untuk kerjaya mereka. ni yang best jadi guru.. sampai mati orang kenal..ada sambutan plak tu.
tapi sejauh mana plak aku menyumbang pada gelaran guru tu? adakah hanya melukut di tepi gantang? atau menghabiskan beras je?
entahlah...aku sentiasa cuba yang terbaik..kreatif dalam penyampaian..malah cuba lari dari kepompong cara yang selalu orang buat..bukan sebab aku nak memandai...tapi sebab aku nak pelajar aku dapat kelainan yang mereka tidak jumpa dari orang lain. aku biasa ajar budak aku nyanyi lagu rock sebab nak mereka faham yang banyak benda positif boleh wujud kalau minda kita berfikiran macam tu. aku ajak mereka tengok naruto sebab nak pastikan mereka tahu yang dunia sekarang bukan lagi berkisar tentang ultraman dan doraemon... biasa bagi mereka tengok cerita transformer supaya mereka tahu zaman robot dah dekat, bukan lagi zaman kalkulator lama...
entahlah.. aku harap yang aku lebih banyak positif dari negatif. biarlah susah atau memeningkan kepala janji pelajar aku jadi lebih baik dari sebelum mereka kenal aku. biar mereka tak ucap terima kasih pun asalkan mereka berjaya jadi manusia berperangai manusia, bukan manusia berperangai beruk..
apapun, salam kasih sayang buat semua pelajarku yang tersayang... susah-susah cikgu korang ni pagi tadi nak balik, kasut terbenam dalam lumpur, basah kena hujan, angkut beg berat..tapi sebab nak pastikan korang dapat cikgu yang benar-benar berjuang untuk bagi korang pandai, seribu kali macam tu pun cikgu tak kesah...

Sunday, April 26, 2009

Donut Yang ku Rindu....

time malam-malam macam ni lah aku teringin sangat nak makan donut.. wife aku mesti sedih kalau aku cerita pasal donut sebab dia tau aku suka makan donut.. nak buat macamana...dah husband hensem ni jauh diseberang laut... apapun, untuk wife tersayang, balik nanti kita makan donut sama-sama k...

donut...or do not?! konpius la...

Selamat Malam Ku....

yeah...yeah...merdeka...merdeka...
setelah pening kepala seminggu ni, akhirnya malam ni aku tambah pening..bukan nye tambah ok.. sebabnye exam master dah lepas tapi kerja aku menimbun kat sekolah. report sbt tak buat lagi.. lesson plan hutang sampai dua hari. pastu minit mesyuarat ldp, carta ajk ngan rancangan pelan operasi tahun ni tak buat lagi,.... tu belum kira aku tak semak lagi paper penulisan tahun 6, paper bm tahun 3...nak buat report ujian bulanan tahun 6... perghhhh! alangkah bestnye kalau time ni aku ada pelihara jin sekorakulah jin tu yang tahu guna laptop..bole aku suruh buat separuh kerja aku.. tapi malangnya aku takda jin...malah . sapa suruh tangguh kerja..padan muka aku sebab kena buat semua tu...dan padan muka korang sebab kena baca bebelan aku ni... takpe.. aku buat separuh kerja tu karang...mulakan dengan tido!!!!! hehehehehe!

hasta prontolah.......

Monday, April 20, 2009

Gila Ah !!!

bukan 1 atau 2...tapi 13! memang mengerikan bila fikir macamana otak yang berkarat ni boleh buat...walau bertiga tapi untuk menyiapkan 13 assignment dalam masa 3 hari memang satu keajaiban...aku sampai ke tahap mengosongkan fikiran coz terpaksa keluarkan semua isi yang ada untuk berfikir tahap kritikal... memang susah tapi bila terpandang hasilnya tengahari tadi memang puas.. tahniah untuk aku dan rakan segila aku...zac ngan yap.. orang waras takkan buat kerja macam kita kan....
apapun...final exam next week..malam ni rilek dulu...esok start buat kerja bodoh yang sia-sia lagi...bukan sebab kerja tu sia-sia...tapi kita ni yang sia-sia buat kerja macam bodoh!

Saturday, April 11, 2009

Hampeh lah.....

boring giler nak study ni..tengok muka lecturer macam nak tido. tengok nota macam nak main game...
apa yang bestnye..minggu depan kena hantar semua assignment. hampeh lah wei!! banyak keje aku minggu depan ni. tu lah..padan muka aku sendiri. banyak keje tangguh je.. sendiri mau ingat lah beb!
apapun..minggu depan minggu perjuangan. hidup macam rambo, kerja macam commando.. boleh muntah hijau punya...

so hari ni dan esok..enjoylah puas-puas..

Friday, April 10, 2009

Bengang Je Aku.....(Edisi 74)

kata orang nak berbakti kena ikhlas kan... kata orang nak berjasa kena berkorban... dan kata orang kalau nak menabur budi biarlah kita berusaha dengan sebaiknya..penuh komitmen dan tidak mengharapkan balasan yang tinggi atas usaha tersebut. semua tu termaktub jika seseorang nak jadi cikgu.
aku pun macam tu jugak. orang selalu pertikai kenapa aku jadi cikgu.. selalu memandang sinis bila aku kata aku suka jadi cikgu..
"eleh..dulu dia amik course lain, pastu tak dapat kerja. tu yang jadi cikgu!"
"kalau betul nak jadi cikgu, memang dia amik course education kat usm dulu!"
"nak keje senang. balek awal pastu banyak cuti"
semua-semua tu lah yang akan orang kata. kalau ikut hati memang nak jawab depan batang hidung diorang.. "LANTAK MAKCIKLAH. JANJI SAYA DAH JADI CIKGU DAN ANAK MAKCIK MASIH MENGANGGUR.." tapi memandangkan yang aku dididik oleh mak bapak aku untuk hormat orang tua aku cuma bersedekah je kalau dengar ayat macam tu. ye lah. kalau aku mengamuk nanti satu malaysia tahu...seorang guru dari sk ********* mengamuk sebab disindir oleh seorang makcik tua yang tak berdaya....(media memang tak sokong aku punya..)
apapun.. aku bahagia dengan tugas aku. aku sayang dengan kerja harian aku. bangun walau masih mengantuk, bercakap walau suara serak, berlari walau badan letih...malah tersenyum walau hati menangis. semua untuk anak-anak aku.. tak adil kalau aku heret mereka sama dalam masalah peribadi aku...
apa yang penting (KERJASAMA...wonder pet).. aku redha dengan ketentuan ini. aku memang bahagia. jadi apa lagi yang aku nak kesalkan.

kerja tak berat mana sebab separuh hari je. cuma balik tu kena bawa buku nak semak kat umah time tengahari. petang ada kelas tambahan sket sampai pukul 4 lebih. malam kena wat lesson plan ngan abm.. ala, kekadang tidur tu ada (selalulah..) mimpi mengajar dalam kelas.

suasana sekolah pun ok. lengkap dengan kemudahan tip top. air paip dari sungai yang kekadang memudahkan aku buat milo atau teh tarik sebab warna dia sama je.. tapi kekadang air tu trakde langsung. bunyi riang-riang yang akan menemani malam semasa wat lessn plan.. err..kerengit dengan nyamuk pun ada. malah kalau nasib baik adalah aku bersedekah dengan seekor dua tikus kat dapur aku.

apapun..semua ni perjuangan. tak mantop jiwa seorang guru kalau takut dengan cabaran. nak susah apa. gaji jalan je walau cuti sebulan. elaun banyak. ada elaun perumahan wilayah, elaun pedalaman, imbuhan tetap khidmat awam..dan yang paling best, yang aku claim sampai rm1000 lebih adalah elaun balek kampung... best kan?! tambah best sebab elaun tu aku dapat RM74 je..alasan kementerian tak bagi peruntukkan... SABAR je lah...

Saturday, March 14, 2009

Perjuangan yang Mengasyikkan

Anak-anakku...
Walaupun ayahanda tidak mempunyai segunung intan atau selembah emas, namun ingin rasanya ayahanda memberikan seribu kesenangan pada kalian. Ingin rasanya ayahanda jadikan anakanda semua hidup bahagia dengan kesenangan yang anakanda semua impikan. Namun semua itu hanya keinginan ayahanda. Ayahanda cuma mengharap namun kudrat tidak menyokongnya.
Apa yang ayahanda mampu berikan hanya secebis ilmu yang ayahnda miliki, sekelumit masa yang ada pada ayahanda dan bait-bait kata yang ternaskah di minda. Selagi ada tenaga dan masa, selagi nyawa dikandung jasad, tidak akan ayahanda belakangkan amanah yang tertanggung ke bahu ayahanda.
Walau hanya segelas Coke seorang, sebungkus keropok atau sepasang chewing gum, semua itu akan ayahanda kongsikan. Walau hanya seketul ayam KFC untuk yang berjaya, dan nasihat menutur iktibar, semua itu untuk anakanda. Biarlah harta jadi penghalang atau kuasa jadi sempadan, akan ayahanda usahakan segala untuk kamu semua. Walau nilai langkah ayahanda dari tanah pusaka ke gedung ilmu kita cuma RM 74 sahaja, ayahanda tetap berjuang.
Anak-anakku, ayahanda dahagakan kejayaan jadi milik anakanda semua, kegemilangan jadi pameran di rumah. Biar seluruh Song tidak memandang, tiada ayahanda terkilan, asal anakanda semua mampu jadi insan berguna.
Tabahlah anakanda sebagaimana ayahanda tabah bersama.