Saturday, September 20, 2008

Berjuang di Tanah Asing

Tidak pernah bermimpi untuk bertapak di sini. Tidak pernah terlintas dihati untuk menabur jasa dan bakti di bumi yang asing dari apa yang pernah dilaui. Namun inilah kehidupan. Kita hanya merancang. Dia yang menentukan segala takdir yang akan berlaku ke atas kita.
Namun aku tak menyesal. Aku tak pernah menyalahkan keadaan. Malah aku berbangga.
Disini aku kenal erti kesusahan dan keterbatasan kemampuan.
Disini aku belajar erti kesabaran dan ketabahan.
Disini aku mendidik diri berkorban dan berjuang.
Malah disini aku mula menghargai segala apa yang pernah dan sedang aku miliki.
Bersyukur atas kehidupan yang aku dapati selama ini. Tempat inilah yang mematangkan aku untuk mengenal erti sebuah kehidupan, membina kebahagiaan dari cebisan-cebisan harapan yang ada disini.
Semoga aku kan jadi manusia yang sedar diri.
Semoga aku jadi manusia yang tak pernah lupa.
Semoga aku jadi manusia yang lebih kenal siapa aku yang sebenarnya.
Buat anak-anak ku di atas, akan kucurahkan segala upaya dan usaha agar kejayaan menjadi milik kita bersama. Bukan harta yang ayahanda harapkan, tetapi jadilah manusia yang berguna dan bermaruah. Semoga kita mampu menemui bahagia hingga ke akhirnya.

Sunday, September 7, 2008

Balik ke Lubuk

Aku tengah packing ni. Jap lagi nak balik ke lubuk puaka ku. Jadi Jumaat depan (Insya Allah) Aku coretkan lagi kerimasanku pada lembaran ini.
Sehingga itu, jagalah tingkah laku, jangan abaikan nahu budimu. Pelihara hatimu dan pastikan jangan sampai sikumu menyenggol rusukmu!
Asta La Vista Bebeh!!!

Kenangan... saat berputiknya cinta pertama


Kenangan.. saat berputiknya cinta pertama.. indah semua.. kau dan aku berdua..
Heheheh.. ini bukan kisah cinta teruna dan dara. Ini kisah cinta seorang lelaki pada persahabatan yang terjalin erat dengan teman. Bukan gay k!
Aku bersekolah di SMK Jalan Apas antara tahun 1994-1996. Aku mengambil peperiksaan PMR di sini. Sekolah yang banyak mengajarku erti hidup, persahabatan, cinta dan pengorbanan. Banyak kenangan yang tercipta di sini.
Pada mulanya aku memang tak suka sekolah ini. Bukan sebab apa. Sebab semua rakan sepersekolahan di sekolah rendah aku di sini telah berpindah ke sekolah lain. Kering aku di buatnya! Namun masa menentukan yang aku ada dunia baru di sini. Dunia bersama rakan-rakan yang mula mengenal erti mempunyai seorang sahabat. Aku belajar bersabar, mengambil peluang pada masa terbaik, menghargai kehadiran kawan dan apa sebenarnya erti kegembiraan, kesedihan dan setiakawan.
Buat teman-temanku, terima kasih kerana sudi menjadikan hidup ini bermakna dengan 'talian hayat' ini. Semoga hidup kita diberkati.. Insya Allah.
Anggota dalam gambar -
(Belakang dari kiri): Azman Landoh, Saharuddin Nohong dan Asfar Kama.
(Depan dari kiri): Pareng Renggi Lawas, aku lupa nama mamat ni, Aku, Zulkifli Umar dan Hermansyah Tupan. Gambar ni di ambil lepas exam PMR. Antara gambar-gambar terakhirku bergelar pelajar SMK Jalan Apas.
LONG LIVE THE MEMORIES!!!

Saturday, September 6, 2008

LANGKAH PERTAMA

Aku di sini. Membariskan bait-bait kata agar lisanku menjadi bicara. Puitis atau sinis, usah kritis pada apa yang ku kuis. Semoga mata tidak lena. Semoga jiwa rancak gelora. Semoga masa tetap bersama. Pedih, sedih, jerih... itukan lagu pada hidup yang tahu. Jangan biarkan duka merona cita. Usah tinggalkan luka di nota cerita.

Bermulalah Sebuah Kisah


Aku mula menulis lagi. Pernah melangkah tetapi duduk berehat sampai lupa ke mana arah tuju ku. Aku mula melangkah lagi. Mencari arah mana yang hendak ku tuju. Semoga aku temukan jejakku yang hilang. Semoga aku sampai ke destinasiku. Dan selama menanti detik itu... temanilah aku...
Langkah ini bukan untuk melonjak nama. Jauh sekali untuk menjulang bangga. Aku menulis sekadar untuk meluah rasa. Agar jiwa jadi tenang. Agar hati tidak bimbang.
Terima kasih sahabat. Masamu itu ku hargai erat. Ku sanjung penuh semangat. Pohon ku, tinggalkan jejakmu. Sedekahkan katamu. Biar lidah bicara itu boleh ku jadikan pedoman, menyonsong angin membelah lautan.
.....Salam...