Tuesday, December 30, 2008

Hantaran jiwa ke hati...


..Pukullah tabuh, pukullah tabuh pukul rebana...
...Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh tidak ke mana..

terngiang-ngiang lagu tu dalam telinga aku. macam semalam je semua tu berlangsung. macam mimpi.. indah namun aku masih belum terjaga.. dan aku yakin aku takkan terjaga kerana semua keindahan ini adalah kenyataan yang sedang menghiasi sesuatu yang bernama 'kehidupan' milik ku.

apapun... sorilah sebab aku lama tak menutur kata kat lubuk ni. kepada rakan-rakan yang turut mendirikan masjid, surau, istana, mahligai atau apa-apa je lah, aku ucapkan semoga berbahagia seadanya. ingat, tanggungjawab dalam rumahtangga bukan hanya pada pasangan, tetapi juga pada keluarga mertua kita, penduduk kampungnya, sepupu-sepapat, ipar-duai dan semualah termasuk ketua kampung, pengerusi jkkk, ajk keramaian .....

Saturday, October 18, 2008

Lepak.. jangan tak lepak...

lepak... jangan tak lepak....
gambar ni di ambil masa aku balik raya baru-baru ni. kami lepak kat restoran dekat dengan masjid raya tawau. kat sebelah aku tu asmidar. bf dia propose tak lama lepas gambar ni di ambil. kat hujung sana irwan said atau wan taman. member yang memang blues je. apapun, aku gembira dengan hidup aku disamping rakan-rakan yang memang baik hati. semoga persahabatan ini kekal abadi.

Tuesday, October 7, 2008

Al Fatihah....

Nur Khairiah Singka atau Kary merupakan geng sekelas aku yang selalu menemani aku berborak kat belakang kelas semasa belajar di SMK Kuhara dulu. Kami sama-sama student baru. Masuk masa Form 4. Selain kami berdua, Amisah Awang dan Hasnitah Andy juga bergelar student baru dalam kelas 4 Sains 2 tu. Kary ni bagi aku kawan untuk masa tenang dan masa susah. Masih ingat lagi nasihat-nasihat yang diberi masa aku terumbang-ambing dengan masalah perasaan dan pelajaran.
Tapi sejak 3 hari lalu, aku kehilangannya. Aku baru berniat untuk menghubungi semula semua rakan-rakan yang pernah bersama-sama menelusuri dunia persekolahan denganku. Niatku biarlah talian yang pernah terjalin itu kukukuhkan semula. Aku amat menghargai rakan-rakan yang pernah bersama-sama berjuang mencari nilai hidup denganku. Cuma dengan arwah Kary sahaja aku tak sempat.
Apapun, sebagai rakan, ku kirimkan doa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah buatmu kawan.........

Monday, October 6, 2008

Harga Segulung Ijazah...

Sesiapa yang pernah menjadi warga UniSains mungkin akan terusik kenangannya bila melihat gambar ini. Dewan Tuanku Syed Putra atau nama manjanya DTSP merupakan lambang perjuangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia dalam mengejar cita-cita bergelar siswazah. Namun apa pula kesinambungan selepas ijazah itu berada dalam genggaman?
Ada yang bertanya apa natijahnya memperolehi segulung ijazah selepas berusaha bertungkus lumus selama 3,4 atau 5 tahun? Apakah ukuran kejayaan memperolehi segulung daripadanya? Kerja yang class? Gaji yang lumayan? Personaliti pemimpin yang disegani? Popular? Pasangan hidup? Bestfriend? Atau hanya sebuah persinggahan yang tidak memberi apa-apa makna?
Sebenarnya terserah pada empunya diri. Bagi aku, ijazah pada wujudnya tidak mempunyai makna apa-apa. Hanya segulung kertas yang jika ditampal pada dinding boleh mengembangkan hidung mereka dan keluarga mereka. Boleh menjadi perangsang pada golongan yang lebih muda tetapi boleh juga menjadi bahan umpatan, modal riak dan takbur serta alasan menjadi sombong.
KEDEWASAAN dan PENGALAMAN. Dua perkara yang bagi aku adalah harta paling bernilai yang diperolehi daripada ijazah. Keduanya banyak membantu aku mengenal siapa aku dalam hidupku, apa kelebihan dan kekurangan yang diberi Allah kepadaku serta di mana letak diriku dalam duniaku sendiri. Dan aku amat hargai semua itu!

Saturday, October 4, 2008

Takdir..

Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka..
Takdir jua yang menentukan perpisahan...

Gambar kenangan di Taman Bukit Tawau (TABLE) tahun 1996. Waktu tu aku dalam tingkatan 3. Mengikut plan awal nak buat camping dengan classmate tapi apakan daya. Gals kelas aku merajuk taknak join. So tinggallah kami berempat (dengan Rudi yang takda dalam gambar). Tengah layan blues, Cikgu Bedu offer join kelas dia. Apalagi. Bagai bulan jatuh ke riba. Apapun, semua ni jadi kenangan. Kawan yang setia sentiasa menemani walaupun dalam kesusahan. Itulah erti sebuah persahabatan. Sedar tak sedar dah 15 tahun kita bergelar kawan (atau dalam bahasa Sanskritnya - Geng). Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Buat Wan ngan Zul, semoga berbahagia. Kalau makan nasik jangan lupa aku yang hensem ni. Adios bebeh!!!

Gambar : depan (AKU), tengah dari kiri (Cikgu Maxx, Wan), belakang (Zul)

Saturday, September 20, 2008

Berjuang di Tanah Asing

Tidak pernah bermimpi untuk bertapak di sini. Tidak pernah terlintas dihati untuk menabur jasa dan bakti di bumi yang asing dari apa yang pernah dilaui. Namun inilah kehidupan. Kita hanya merancang. Dia yang menentukan segala takdir yang akan berlaku ke atas kita.
Namun aku tak menyesal. Aku tak pernah menyalahkan keadaan. Malah aku berbangga.
Disini aku kenal erti kesusahan dan keterbatasan kemampuan.
Disini aku belajar erti kesabaran dan ketabahan.
Disini aku mendidik diri berkorban dan berjuang.
Malah disini aku mula menghargai segala apa yang pernah dan sedang aku miliki.
Bersyukur atas kehidupan yang aku dapati selama ini. Tempat inilah yang mematangkan aku untuk mengenal erti sebuah kehidupan, membina kebahagiaan dari cebisan-cebisan harapan yang ada disini.
Semoga aku kan jadi manusia yang sedar diri.
Semoga aku jadi manusia yang tak pernah lupa.
Semoga aku jadi manusia yang lebih kenal siapa aku yang sebenarnya.
Buat anak-anak ku di atas, akan kucurahkan segala upaya dan usaha agar kejayaan menjadi milik kita bersama. Bukan harta yang ayahanda harapkan, tetapi jadilah manusia yang berguna dan bermaruah. Semoga kita mampu menemui bahagia hingga ke akhirnya.

Sunday, September 7, 2008

Balik ke Lubuk

Aku tengah packing ni. Jap lagi nak balik ke lubuk puaka ku. Jadi Jumaat depan (Insya Allah) Aku coretkan lagi kerimasanku pada lembaran ini.
Sehingga itu, jagalah tingkah laku, jangan abaikan nahu budimu. Pelihara hatimu dan pastikan jangan sampai sikumu menyenggol rusukmu!
Asta La Vista Bebeh!!!

Kenangan... saat berputiknya cinta pertama


Kenangan.. saat berputiknya cinta pertama.. indah semua.. kau dan aku berdua..
Heheheh.. ini bukan kisah cinta teruna dan dara. Ini kisah cinta seorang lelaki pada persahabatan yang terjalin erat dengan teman. Bukan gay k!
Aku bersekolah di SMK Jalan Apas antara tahun 1994-1996. Aku mengambil peperiksaan PMR di sini. Sekolah yang banyak mengajarku erti hidup, persahabatan, cinta dan pengorbanan. Banyak kenangan yang tercipta di sini.
Pada mulanya aku memang tak suka sekolah ini. Bukan sebab apa. Sebab semua rakan sepersekolahan di sekolah rendah aku di sini telah berpindah ke sekolah lain. Kering aku di buatnya! Namun masa menentukan yang aku ada dunia baru di sini. Dunia bersama rakan-rakan yang mula mengenal erti mempunyai seorang sahabat. Aku belajar bersabar, mengambil peluang pada masa terbaik, menghargai kehadiran kawan dan apa sebenarnya erti kegembiraan, kesedihan dan setiakawan.
Buat teman-temanku, terima kasih kerana sudi menjadikan hidup ini bermakna dengan 'talian hayat' ini. Semoga hidup kita diberkati.. Insya Allah.
Anggota dalam gambar -
(Belakang dari kiri): Azman Landoh, Saharuddin Nohong dan Asfar Kama.
(Depan dari kiri): Pareng Renggi Lawas, aku lupa nama mamat ni, Aku, Zulkifli Umar dan Hermansyah Tupan. Gambar ni di ambil lepas exam PMR. Antara gambar-gambar terakhirku bergelar pelajar SMK Jalan Apas.
LONG LIVE THE MEMORIES!!!

Saturday, September 6, 2008

LANGKAH PERTAMA

Aku di sini. Membariskan bait-bait kata agar lisanku menjadi bicara. Puitis atau sinis, usah kritis pada apa yang ku kuis. Semoga mata tidak lena. Semoga jiwa rancak gelora. Semoga masa tetap bersama. Pedih, sedih, jerih... itukan lagu pada hidup yang tahu. Jangan biarkan duka merona cita. Usah tinggalkan luka di nota cerita.

Bermulalah Sebuah Kisah


Aku mula menulis lagi. Pernah melangkah tetapi duduk berehat sampai lupa ke mana arah tuju ku. Aku mula melangkah lagi. Mencari arah mana yang hendak ku tuju. Semoga aku temukan jejakku yang hilang. Semoga aku sampai ke destinasiku. Dan selama menanti detik itu... temanilah aku...
Langkah ini bukan untuk melonjak nama. Jauh sekali untuk menjulang bangga. Aku menulis sekadar untuk meluah rasa. Agar jiwa jadi tenang. Agar hati tidak bimbang.
Terima kasih sahabat. Masamu itu ku hargai erat. Ku sanjung penuh semangat. Pohon ku, tinggalkan jejakmu. Sedekahkan katamu. Biar lidah bicara itu boleh ku jadikan pedoman, menyonsong angin membelah lautan.
.....Salam...