Nur Khairiah Singka atau Kary merupakan geng sekelas aku yang selalu menemani aku berborak kat belakang kelas semasa belajar di SMK Kuhara dulu. Kami sama-sama student baru. Masuk masa Form 4. Selain kami berdua, Amisah Awang dan Hasnitah Andy juga bergelar student baru dalam kelas 4 Sains 2 tu. Kary ni bagi aku kawan untuk masa tenang dan masa susah. Masih ingat lagi nasihat-nasihat yang diberi masa aku terumbang-ambing dengan masalah perasaan dan pelajaran.
Tapi sejak 3 hari lalu, aku kehilangannya. Aku baru berniat untuk menghubungi semula semua rakan-rakan yang pernah bersama-sama menelusuri dunia persekolahan denganku. Niatku biarlah talian yang pernah terjalin itu kukukuhkan semula. Aku amat menghargai rakan-rakan yang pernah bersama-sama berjuang mencari nilai hidup denganku. Cuma dengan arwah Kary sahaja aku tak sempat.
Apapun, sebagai rakan, ku kirimkan doa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah buatmu kawan.........
No comments:
Post a Comment