Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

Donut Yang ku Rindu....

time malam-malam macam ni lah aku teringin sangat nak makan donut.. wife aku mesti sedih kalau aku cerita pasal donut sebab dia tau aku suka makan donut.. nak buat macamana...dah husband hensem ni jauh diseberang laut... apapun, untuk wife tersayang, balik nanti kita makan donut sama-sama k...

donut...or do not?! konpius la...

Monday, October 6, 2008

Harga Segulung Ijazah...

Sesiapa yang pernah menjadi warga UniSains mungkin akan terusik kenangannya bila melihat gambar ini. Dewan Tuanku Syed Putra atau nama manjanya DTSP merupakan lambang perjuangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia dalam mengejar cita-cita bergelar siswazah. Namun apa pula kesinambungan selepas ijazah itu berada dalam genggaman?
Ada yang bertanya apa natijahnya memperolehi segulung ijazah selepas berusaha bertungkus lumus selama 3,4 atau 5 tahun? Apakah ukuran kejayaan memperolehi segulung daripadanya? Kerja yang class? Gaji yang lumayan? Personaliti pemimpin yang disegani? Popular? Pasangan hidup? Bestfriend? Atau hanya sebuah persinggahan yang tidak memberi apa-apa makna?
Sebenarnya terserah pada empunya diri. Bagi aku, ijazah pada wujudnya tidak mempunyai makna apa-apa. Hanya segulung kertas yang jika ditampal pada dinding boleh mengembangkan hidung mereka dan keluarga mereka. Boleh menjadi perangsang pada golongan yang lebih muda tetapi boleh juga menjadi bahan umpatan, modal riak dan takbur serta alasan menjadi sombong.
KEDEWASAAN dan PENGALAMAN. Dua perkara yang bagi aku adalah harta paling bernilai yang diperolehi daripada ijazah. Keduanya banyak membantu aku mengenal siapa aku dalam hidupku, apa kelebihan dan kekurangan yang diberi Allah kepadaku serta di mana letak diriku dalam duniaku sendiri. Dan aku amat hargai semua itu!

Saturday, October 4, 2008

Takdir..

Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka..
Takdir jua yang menentukan perpisahan...

Gambar kenangan di Taman Bukit Tawau (TABLE) tahun 1996. Waktu tu aku dalam tingkatan 3. Mengikut plan awal nak buat camping dengan classmate tapi apakan daya. Gals kelas aku merajuk taknak join. So tinggallah kami berempat (dengan Rudi yang takda dalam gambar). Tengah layan blues, Cikgu Bedu offer join kelas dia. Apalagi. Bagai bulan jatuh ke riba. Apapun, semua ni jadi kenangan. Kawan yang setia sentiasa menemani walaupun dalam kesusahan. Itulah erti sebuah persahabatan. Sedar tak sedar dah 15 tahun kita bergelar kawan (atau dalam bahasa Sanskritnya - Geng). Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Buat Wan ngan Zul, semoga berbahagia. Kalau makan nasik jangan lupa aku yang hensem ni. Adios bebeh!!!

Gambar : depan (AKU), tengah dari kiri (Cikgu Maxx, Wan), belakang (Zul)

Sunday, September 7, 2008

Kenangan... saat berputiknya cinta pertama


Kenangan.. saat berputiknya cinta pertama.. indah semua.. kau dan aku berdua..
Heheheh.. ini bukan kisah cinta teruna dan dara. Ini kisah cinta seorang lelaki pada persahabatan yang terjalin erat dengan teman. Bukan gay k!
Aku bersekolah di SMK Jalan Apas antara tahun 1994-1996. Aku mengambil peperiksaan PMR di sini. Sekolah yang banyak mengajarku erti hidup, persahabatan, cinta dan pengorbanan. Banyak kenangan yang tercipta di sini.
Pada mulanya aku memang tak suka sekolah ini. Bukan sebab apa. Sebab semua rakan sepersekolahan di sekolah rendah aku di sini telah berpindah ke sekolah lain. Kering aku di buatnya! Namun masa menentukan yang aku ada dunia baru di sini. Dunia bersama rakan-rakan yang mula mengenal erti mempunyai seorang sahabat. Aku belajar bersabar, mengambil peluang pada masa terbaik, menghargai kehadiran kawan dan apa sebenarnya erti kegembiraan, kesedihan dan setiakawan.
Buat teman-temanku, terima kasih kerana sudi menjadikan hidup ini bermakna dengan 'talian hayat' ini. Semoga hidup kita diberkati.. Insya Allah.
Anggota dalam gambar -
(Belakang dari kiri): Azman Landoh, Saharuddin Nohong dan Asfar Kama.
(Depan dari kiri): Pareng Renggi Lawas, aku lupa nama mamat ni, Aku, Zulkifli Umar dan Hermansyah Tupan. Gambar ni di ambil lepas exam PMR. Antara gambar-gambar terakhirku bergelar pelajar SMK Jalan Apas.
LONG LIVE THE MEMORIES!!!