aku pun macam tu jugak. orang selalu pertikai kenapa aku jadi cikgu.. selalu memandang sinis bila aku kata aku suka jadi cikgu..
"eleh..dulu dia amik course lain, pastu tak dapat kerja. tu yang jadi cikgu!"
"kalau betul nak jadi cikgu, memang dia amik course education kat usm dulu!"
"nak keje senang. balek awal pastu banyak cuti"
semua-semua tu lah yang akan orang kata. kalau ikut hati memang nak jawab depan batang hidung diorang.. "LANTAK MAKCIKLAH. JANJI SAYA DAH JADI CIKGU DAN ANAK MAKCIK MASIH MENGANGGUR.." tapi memandangkan yang aku dididik oleh mak bapak aku untuk hormat orang tua aku cuma bersedekah je kalau dengar ayat macam tu. ye lah. kalau aku mengamuk nanti satu malaysia tahu...seorang guru dari sk ********* mengamuk sebab disindir oleh seorang makcik tua yang tak berdaya....(media memang tak sokong aku punya..)"kalau betul nak jadi cikgu, memang dia amik course education kat usm dulu!"
"nak keje senang. balek awal pastu banyak cuti"
apapun.. aku bahagia dengan tugas aku. aku sayang dengan kerja harian aku. bangun walau masih mengantuk, bercakap walau suara serak, berlari walau badan letih...malah tersenyum walau hati menangis. semua untuk anak-anak aku.. tak adil kalau aku heret mereka sama dalam masalah peribadi aku...
apa yang penting (KERJASAMA...wonder pet).. aku redha dengan ketentuan ini. aku memang bahagia. jadi apa lagi yang aku nak kesalkan.
kerja tak berat mana sebab separuh hari je. cuma balik tu kena bawa buku nak semak kat umah time tengahari. petang ada kelas tambahan sket sampai pukul 4 lebih. malam kena wat lesson plan ngan abm.. ala, kekadang tidur tu ada (selalulah..) mimpi mengajar dalam kelas.
suasana sekolah pun ok. lengkap dengan kemudahan tip top. air paip dari sungai yang kekadang memudahkan aku buat milo atau teh tarik sebab warna dia sama je.. tapi kekadang air tu trakde langsung. bunyi riang-riang yang akan menemani malam semasa wat lessn plan.. err..kerengit dengan nyamuk pun ada. malah kalau nasib baik adalah aku bersedekah dengan seekor dua tikus kat dapur aku.
apapun..semua ni perjuangan. tak mantop jiwa seorang guru kalau takut dengan cabaran. nak susah apa. gaji jalan je walau cuti sebulan. elaun banyak. ada elaun perumahan wilayah, elaun pedalaman, imbuhan tetap khidmat awam..dan yang paling best, yang aku claim sampai rm1000 lebih adalah elaun balek kampung... best kan?! tambah best sebab elaun tu aku dapat RM74 je..alasan kementerian tak bagi peruntukkan... SABAR je lah...
1 comment:
sebengang bengang ko rasanya bengang lagi aku yang 1 sen pun tak dapat.. jangankan 1 sen.. habuk pun langsung tak hinggap ni kat aku..
74 betulla diorang ni.. entah bila agaknya depa nak langsaikan baki yang selebinya ye..? hhuhuhu
Post a Comment