Siku, dibiar kering, kotor dan berkedut. tidak terpeduli. Tetapi, ia tetap di situ. Menyokong tangan agar ilmu dapat diluah. Melindungi rusuk... kalau tidak tersenggol!!!
Monday, December 21, 2009
nak makan mee udang tapi tak boleh makan udang...?
mee udang merupakan sejenis makanan yang memang menyelerakan. ia terdiri daripada mee jenis tebal yang dimasak dalam kuah yang pekat beserta udang yang segar. mee udang paling sedap setakat ni pernah aku makan adalah mee udang suhana dekat teluk kumbar, penang. memang sedap dan puas hati. walau mahal sket tapi berbaloi dengan saiz dan jumlah udang serta rasanya yang lazat. sekali cuba pasti nak lagi. dulu waktu aku tak makan udang, aku biasa juga ke sini. tapi memang member-member kata aku bengap sket sebab nak makan mee udang tapi udang tu bagi kat orang lain.
kali ini aku nak ceritakan sedikit tentang sikap manusia yang selalu nak cari pasal tapi apabila dah jadi isu, ngelak pula. dunia hari ni menyaksikan manusia mempelbagaikan ragam hidupnya dengan pelbagai aktiviti dan sikap. ada yang malas, rajin, prihatin, amanah, penipu, penyebok dan sebagainya. semua ni merupakan sebahagian dari resam dan rencah kehidupan hari ini.
namun apa yang tak bestnya adalah sikap yang satu ni, mulakan sesuatu tapi lari bila keadaan jadi tak terkawal. sikap macam nilah yang menyebabkan banyak masalah yang wujud jadi tidak atau lambat selesai. mak aku kata dulu, kalau dahbuat hal settle sendiri. jangan nak biar orang lain tanggung kesan. kesian kat orangyang tak berkenaan dan kalau boleh jangan heret orang lain ke dalam masalah kita.
apa yang ingin aku ceritakan sebenarnya berkait dengan 'mamat' peminat blog aku tu. dia tak beranilah nak bagitau nama dia. tapi aku dan ali sebenarnya boleh agak siapa. cuma malas nak malukan 'kawan' nanti jadi isu pula. tapi tak kisahlahkan... janji ada teman aku nak berborak.
apa yang aku kureng berkenan tentang mamat ni sebenarnya adalah dia yang mulakan cari pasal kat ruang aku. aku bukan tak layan, aku layan bebaik lagi. siap kekadang aku balas sampai guna dua reply. ni siap bagi post hanya untuk dia lagi. tapi apa dia kata..tak larat berborak... aku jadi penin kejap..ni sapa yang mula ni? siapa yang ketagih nak kacau orang? dia ni sama bengap lah jugak kan dengan aku dulu-dulu ... nak sesuatu tapi bila dapat tak boleh makan..
apapun, tak kesahlah bro.. aku dengan dunia aku sendiri kat sini pun aku rasa seronok je. nak kira pasal perangai keguruan aku? kat sini je aku cakap macam ni.. kat kelas aku tak guna aku kau.. tahulah nak mendidik macamana.. tak jujur? semua guru akan jadi tak jujur bila berdepan dengan murid sebab kita perlu tunjukkan yang baik sahaja depan murid untuk jadi contoh. yang tak baik simpan dalam poket. kalau ada guru mengaku yang dia tak pernah tipu pelajar dan bersikap buruk boleh jalan sama dia... mana ada manusia dalam dunia yang perangainya baik semata. kalau ada yang menyibuk kata statement aku salah, silalah perdebatkan. jangan main 'tikam batu sembunyi tangan'...ops, salah! 'baling batu sembunyi tanganlah bro!'..apalah lu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Errrr..
marah nampak??
ngeri nyerrr..
apa2 hal pun..
mee udangtue nampak sedap..
Bila mau belanja?? :P
miss gee .. bukan marah, tetapi geram. ajak makan tapi bila nak makan sama dia kata makanan tak sedap..hampehla mamat cikgu tu! kalau nak makan mee udang, datang kedahlah! saya dapat pindah ke kedah dah ....
Owhh! congratz!!!!
Esok2 datang kedah..
bleh arr singgah umahmu :)
P/s: Tak mau pindah tawaukah?? hehehe
aah..datanglah... kalau mo makan me udang tu bole jgak.. pindah tawau? nantilah.. tunggu aku jadi ppd...huhuhu
Post a Comment