Friday, January 1, 2010

Kembali ke Pangkal Jalan




aku dalam perjalanan pulang ke sekolah. pulang ke tempat asal aku bertugas..pulang untuk tidak kembali lagi.. pulang untuk memutuskan pertalian asasku dengan sekolah.. untuk menoktahkan perjuangan di sini agar dapat kuberjuang lagi di tempat lain. pulang untuk mengucapkan selamat tinggal pada asal amanah yang kupikul..mengucap selamat jalan pada keperitan memahami erti sebuah pengorbanan yang sering tidak dihargai oleh orang-orang yang sebenarnya lebih banyak bercakap dari menyumbang.

aku tak kisah dengan susah..dan aku tak kisah dengan kepedihan. apa yang aku pentingkan adalah adakah amanah itu sudah kujalankan sebaiknya..atau berdosakah aku mengkhianati harapan dan impian budak-budak yang menyulamnya atas bantuanku...

apapun, ini bukan medan perjuanganku yang terakhir. berundur bukan lari dari pertempuran. pergi jauh bukan akur dengan kekalahan. aku pergi kerana ada perjuangan yang kuhadapi di tempat lain.. aku pergi kerana medan ini bukan lagi milikku..

salam berjuang buat rakan dan taulan. aku kembali ke pangkal jalan.. bukan kerana sesat..bukan kerana liat.. tetapi kerana perjuangan itu tidak pernah berakhir...

salam dan selamat tinggal temalat.......
roy d temalat
4 jan 2007 - 5 jan 2010

2 comments:

missgee said...

Selamat Bertugas
di tempat baru (^.^)

Badboyz said...

tq makcik...