Sunday, February 20, 2011

Nun di sana....

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat kepadaku
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

Nun di sana
Beri beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

perghhhh... puas layan lagu epilog cinta dari bromley sambil print out logo sekolah, print colour guna catridge rm72. puas hati. esok nak pass kat kedai frame. pas print terus apdet blog. cam azam baru je tu?

keje hari ni dah hampir settle. tinggal order banner utk hari ko-k je. memang terlupa petang tadi. dengan letih, lapar, mengantuk... apapun, syukur ke hadrat Allah kerana dengan kesihatan, kekuatan, ruang masa dan ketika dapat jugak aku berfungsi sebagai seorang guru yang boleh diharapkan rakan-rakan, dipertanggungjawabkan oleh bos dan didampingi dengan ceria oleh murid-murid.

apapun, esok, kisah guruku ni akan terus tertulis. dalam bab yang sama, perenggan baru. aku harapkan biarlah kiranya cerita itu sentiasa sedap dibaca oleh mereka yang cuba memahamiku. dan untuk mereka yang terus sabar melayan kerenah jemariku, mari sama-sama kita hayati epilog cinta dari bromley ini...

p.s... nak donlod? ---->http://www.mediafire.com/?ymyzntyyeoe

youtube ....http://www.youtube.com/watch?v=iEO0wOQbHFc&feature=related


No comments: